Tuesday, May 15, 2012 | 0 comments
Soalan:
Bolehkah
menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi….setengah orang cakap tak
boleh…kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu “Allah selamatkan kamu”?
Jawapannya:
Sebenarnya
menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia
berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12
Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah
untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis
menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati
segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara
kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik
dan sihat.
Tapi
kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya
dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya
tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram.
Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran
dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya,
perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat.
Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari
golongan ku.”
Jelas
di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari
Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka
menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara
memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab
dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan
melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat
dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara
satu sama lain.
Akhir
kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang
mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan.
Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara
yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di
dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan
oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan
dirahmati oleh Allah.