Sunday, May 27, 2012 | 2 comments
SPM pada 5 november 2012 .lagi 160 hari . tak silap nadia lah ...
perhh ... makin hari makin dekat laa tarikh tu ..
perhhh .. makin takut pula ...
sekarang nih baru start revision biologi jee...
arghhh .. cmne nak atur masa ni ..
takutnye laa ...
huhuhuhux !!!!!
sementara semangat dah datang dari minggu lepas nih ..
nadia banyak research internet tentang pembelajaran ni ..
dan nadia nak share info2 nya ..
mungkin tips2 ni sgt berguna untuk kawan2 yang nak menduduki SPM tahun ni ..
NAH !! INI TIPS NYA !!!
1. Menggunakan kedua-dua belah otak
kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang
kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam
pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
§ kita ingat 10 % apayang dibaca
§ kita ingat 20% apa yang didengar
§ kita ingat 50 % apa yang didengar
& dilihat
§ kita ingat 70% apa yang dicakapkan
§ kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan
pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam
seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
…Tahu memberi
ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar,
melawat rakan dan sebagainya….
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
§ pastikan cahaya adalah terang
§ kurangkan gangguan bunyi
§ tampal poster yang mengandungi slogan
yang menaikkan semangat belajar
§ tampal gambar-gambar yang menenangkan
fikiran
§ kerusi dan meja menghadap kiblat
§ jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal
kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah
‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang
terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali,
lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
§ memasukkan maklumat dalam memori
(registration)
§ menyimpan maklumat dalam sel memori
(retention)
§ mengingat kembali (recall)
§ menggunakan maklumat untuk menjawab
soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
§ persediaan awal akan memberikan
permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
§ pelajar yang mendapat A pada ujian
lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
§ belajar awal ketika tiada tekanan
adalah tidak membosankan.
§ untuk sentiasa awal dan mendahului,
bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10.
Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11.
Mempunyai teknik membaca yang betul:
§ duduk dengan tegak & bernafas
dengan betul
§ memberikan tumpuan sepanuhnya
§ menggunakan jari telunjuk untuk
membaca
§ menyesuaikan kelajuan membaca dengan
kesukaran bahan bacaan
12.
Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan
kosong, bertangguh & malas.
13.
Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang,
sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14.
Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15.
Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16.
Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according
to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai
untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air
panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17.
Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas
belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18.
Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19.
Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting
sebelum peperiksaan.
20.
Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21.
Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22.
Tahu petua mengulang kaji
§ cari tempat yang tenang dan serasi
dengan jiwa kita
§ siapkan semua ‘bekalan’ dengan
sempurna
§ duduk tegak dikerusi yang selesa
§ baca doa penerang hati
§ baca buku atau nota mengikut teknik
membaca yang betul
§ fikir dan ingat kembali isi utama
§ catat/lakar
§ semak semula ketepatan maklumat
§ ulang sebut atau ceritakan pada orang
lain
§ buat rumusan
§ jawab soalan
§ tampal maklumat yang rumit di dinding
§ baca doa tanda kesyukuran selepas
belajar
23.
Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti
membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24.
Tahu petua-petua agar tidak lupa:
§ jangan makan kepala ikan
§ jangan makan organ dalaman
§ jangan minum semasa makan
§ jangan minum atau makan makanan yang
tercemar oleh semut
§ jangan melihat kemaluan
§ jangan melihat buih
§ jangan membaca nama pada batu nisan
§ banyakkan makan makanan yang
mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
§ banyakkan makan kismis, kurma dan
madu
§ banyakkan makan kekacang
§ pakai minyak wangi ketika belajar
atau menghadapi peperiksaan
§ jangan makan sehingga terlalu kenyang
§ jangan kencing berdiri
25.
Tahu kemahiran mengingat:
§ tampal nota-nota penting di dinding
§ tukar perkataan, ayat atau definisi
dalam bentuk gambar atau rajah
§ gunakan kaedah akronim
§ reka cerita atau ayat mengenai konsep
yang perlu diingat
§ pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26.
Cekap mengatur jadual belajar:
§ mempunyai jadual belajar
§ patuh kepada jadual
§ buat jadual yang boleh diikuti
27.
Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan
peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28.
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan
perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang
lebih arif.
29.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu
hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30.
Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri
masa.
31.
Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32.
Pelbagaikan tempat belajar.
33.
Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru
apabila tidak faham
34.
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan
isi penting dan sebagainya.
35.
Ciri-ciri pelajar cemerlang:
§ taat kepada Allah
§ mendirikan sembahyang
§ menghormati kedua ibu bapa dan
sentiasa mendoakan mereka
§ hormati & sayangi guru
§ bersungguh-sungguh dalam melakukan
kerja untuk mencapai kecemerlangan.
§ suka pada setiap mata pelajaran yang
dipelajari
§ membantu rakan yang memerlukan
§ berdoa dan bersyukur kepada Allah
§ sentiasa bertawakal
§ mahir dalam setiap mata pelajaran